Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Kadang-kadang blog ini, rasa sepi tanpa ada sebarang entri, bukannya apa, kadang-kadang terasa sibuk dengan tugas utama sebagai kuli, jadi al maklumlah kalau sudah namanya kuli ibaratkan timun dan durian, mahu tidak mahu kena ikut cakap bos. Namum begitu itu semua tidak menghalang saya untuk sekali sekala update blog ini. Baiklah merapu pun sudah merungut pun sudah mari kita cerita sedikit
Tips Menjaga Image Sensor DSLR(How to Avoid a Dirty DSLR Image Sensor) . Rasanya rakan-rakan dan para pemilik kamera khususnya DSLR pernah mengalami masalah image sensor yang kotor, kelihatan tompok-tompok hitam dan ini amat merimaskan. Bila gambar dilihat pada skrin komputer kelihatan berbintik-bintik dan sudah pastinya kita akan delete, kalau tidakpun terpaksalah edit dengan photoshop. Kekotoran pada sensor adalah musuh utama kepada DSLR anda, justeru bagaimana pula tips untuk mengelakan berlakunya kekotoran pada image sensor kamera kita.

Kelihatan tompok-tompok hitam pada gambar.

Image Sensor
Elakan menukar lensa kamera anda di persekitaran yang dikenal pasti kotor, seperti kawasan berdebu ketika acara suka rally kereta, acara marathon dan sebagainya yang dikenalpasti berdebu. Cuba elakan juga menukar lensa ketika suasan berkabus, hal ini kerana ketika suasan berkabus, titisan air akan berjaya memasuki corong kamera anda. Jadi berhati-hatilah ketika menukar lensa kamera anda ketika berada dalam persekitaran seperti yang disebutkan tadi.
Sebelum membuat pertukaran lensa kamera, sila pastikan bahawa kamera anda sudahpun dimatikan(off). Sesetengah kamera apabila dalam kondisi masih On mempunyai cas eletrik dan ini membolehkannya menyedut habuk atau bahan kotoran dari luar. Sila disiplinkan diri anda sebaik sahaja hendak membuat pertukaran lensa, kamera dalam posisi off terlebih dahulu, kemudian barulah membuat pertukaran lensa.
Sebelum memasang lensa lain ke kamera anda, terlebih dahulu anda kena pastikan bahawa lensa yang hendak dipasang ke kamera anda adalah bersih dan bebas dari debu dan kulat(fungus). Cara ini penting bagi membantu mengelakan sensor kamera anda dari terkena virus-virus tadi.

Kamera akan terdedah kepada ancaman habuk
Ketika membuat pertukaran lensa terhadap kamera anda, sila pastikan ianya berlaku dengan pantas. Jika anda leka sehinggakan kamera dan lensa anda terbuka dalam masa yang lama, ini memberi peluang kepada debu dan bahan kotoran yang berterbangan dipersekitaran anda memasuki kamera anda. Dan ini akan debu atau bahan kotoran akan melekat di image sensor kamera anda.
Dan yang akhir simpanlah kamera dan lensa anda di tempat yang baik seperti Drybox untuk memeliahara kebersihan image sensor kamera anda.
Drybox Camera
Lensa Kamera
Lensa kamera adalah mata kamera anda yang dapat melihat dunia. Inilah bahagian terpenting pada kamera kita. Pastikan kita tidak menyentuh lensa kamera secara terus. Untuk membuang habuk, gunakan kain yang khas diberikan semasa kita membeli kamera. Ataupun ‘blower’ yang khusus untuk kamera. Jika tidak digunakan, pastikan kita tutup lensa kamera.
Suhu
Suhu tempat menyimpan kamera adalah penting. Elakkan meletak kamera di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. Contohnya di dalam kereta dan sebagainya. Ini lambat laun akan menyebabkan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada getah akan mudah lekang. Jangan juga meletakkan kamera kita di tempat yang bersuhu terlalu rendah.
Penyimpanan
Jika menyimpan kamera, kita mestilah meletakkan jauh dari sumber magnet. Magnet atau cakap melayunya ‘besi berani’ boleh menyebabkan bahagian elektronik digital kamera rosak. Jadi jauhkan dari meletak kamera berhampiran dengan magnet (biasanya di speaker radio).
Ok, di sini saya kongsikan lagi satu tip. Bagi mengelakkan dari kulat halus (fungus) tumbuh pada kamera atau lensa kamera, dapatkan silica gel untuk diletakkan bersama digital kamera. Silica ini berfungsi untuk menyerap air yang terdapat di persekitaran tempat kita menyimpan kamera.
Saya juga nasihatkan rakan-rakan, mengasingkan atau cabut bateri kamera anda jika tidak digunakan. Ini bagi menggelakkan dari berlakunya ‘ corrosive leak’ (kebocoran bahagian sel yang mengeluarkan sejenis kimia).
Jaga Aksesori
Kad menyimpan data (CompactFlash, SD, MMC card) adalah antara satu aksesori penting digital kamera. Oleh kerana kad ini agak kecil, eloklah kita menjaganya dan jangan sampai tercicir semasa mengeluarkannya.
Satu lagi sebelum terlupa, untuk skrin kamera kita, sebaiknya letakkan dengan pelindung skrin (screen protector). Ini bagi mengelakkan skrin kamera daripada tercalar.
Jagalah elok-elok kamera kita. Kamera digital bukannya murah. Jaga cermat duit pun selamat!
Saya harap sedikit tips ini membantu rakan-rakan semua.
Rasanya cukup dulu setakat ini, tips menjaga image sensor DSLR anda, akan datang saya akan kongsikan lagi beberapa tips yang berguna untuk kita semua.